" We keep this love in this photographs,
We made these memories for ourselves,
Where our eyes are never closing,
Hearts are never broken,
And time's forever frozen still "
SMK ( P ) RAJA ZARINA
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MENITI MEMORI
Sempena Sambutan Jubli Emas, SMK (P) Raja
Zarina 1966-2016
Tarikh : 25 September 2016
Masa : 1.30 – 5.00 petang
Tempat : Dataran Hasimah, Pelabuhan Klang
Masa
|
CUE
|
ANN 1
|
1.30
ptg
|
Ketibaan
Tetamu
|
·
Pendaftaran ( Cabutan
Nombor Bertuah 1 ) : 20 cabutan
·
House-keeping – Tandas
blok D dan Blok E
Tandas guru
wanita utk VIP
·
Maklumkan Gerai
cenderamata rz 50 tahun / Photo Booth
2
·
Maklumkan Perubahan
Tentatif program
·
Silent h/phone
·
Urusetia – Tag kuning
|
Masa
|
CUE
|
ANN 2
|
1.50
ptg
IDHAM
2.00 ptg
|
Para hadirin mengambil tempat
Ketibaan VIP
VVIP bergerak ke pintu gerbang
|
Mohon perhatian kepada semua hadirin, untuk
melancarkan majlis kita pada petang ini, semua diminta berdiri ketika Yang Mulia
Tengku Dato’ Naizatul Shima masuk dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Terima Kasih.
·
Kompang
·
Menandatangani buku
pelawat
·
Kudapan
·
Colour Guard
·
Kompang / bunga rampai,
bunga tangan
|
Masa
|
CUE
|
ANN 3
|
2.
ptg
IDHAM
|
Apabila
isyarat, iaitu Yang Mulia Tengku masuk ke dataran dengan diiringi barisan
tetamu kehormat.
Apabila
Yang Mulia Tengku dan barisan tetamu kehormat telah berada di meja VVIP.
|
Mengumumkan ketibaan Yang Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima Bt Tengku Abdul Murad Shah dengan diiringi oleh tetamu kehormat dan barisan pentadbir
ke Majlis Meniti Memori Sempena Sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina.
Mohon para hadirin mengambil tempat.
*** Persembahan pembukaan ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 4
|
||
2.
ptg
IDHAM
|
Selepas
persembahan pembukaan
|
Sebagai tanda cinta akan negara, marilah sama-sama
kita nyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan lagu Negeri Selangor dan Lagu
Sekolah. Hadirin diminta berdiri.
·
Nyanyian Lagu Negaraku
·
Negeri Selangor
·
Lagu Sekolah
Hadirin dipersilakan duduk.
Untuk pengetahuan semua, persembahan pembukaan yang
begitu bertenaga sebentar tadi telah dipersembahkan oleh puteri-puteri Raja
Zarina di bawah bimbingan Pn. Kannagi, Pn. Runaizah, Pn. Chen, Pn. Zainura
dan Pn. Fazlily.
|
||
Masa
|
CUE
|
ANN 5
|
||
2.30
ptg
IDHAM
LIN
LIN
LIN
|
Ucapan
Aluan Pengerusi Majlis
|
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
·
Yang Mulia Tengku Dato’
Naizatul Shima Bt Tengku Abdul Murad Shah. DSPN, DSAP, S.S.A, Penaung dan
Perasmi Majlis Meniti Memori Sempena Sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina
·
Yang Berusaha Pn. Norliza
bt Mat Radzi,
Pengetua
SMK (P) Raja Zarina
·
Yang Berusaha En.
Badrul Hisham bin Mokhtar, Penolong PPD , Unit Pengurusan Sekolah ( Menengah
)
·
Yang Dihormati En, Mokhtar
bin Manaf,
Yang Dipertua PIBG SMK (P) Raja Zarina
·
Dato’-Dato’,
Datin-Datin , wakil-wakil jabatan kerajaan,
komuniti setempat, barisan pentadbir, guru-guru, AJK PIBG, mantan-mantan
pengetua serta tetamu jemputan yang dikasihi sekalian
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1
Malaysia.
************************************************************
Bandar Kulim nun di utara,
Tempat kenangan sejarah tercipta;
Salam takzim pembuka bicara,
Mengalukan kedatangan hadirin semua.
Dataran Hasimah kita hiasi,
Tetamu hadir ceria di hati;
Majlis Meniti Memori sama dirai,
Mencipta kenangan tersemat di hati.
Pada petang yang berbahagia ini, kita amat bertuah kerana
majlis kita telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Mulia Tengku Dato
Naizatul Shima, tetamu-tetamu kehormat dan para tetamu jemputan.
SELAMAT HARI ULANG TAHUN SMK (P) RAJA ZARINA KALI KE 50 TAHUN
!
Limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat
dan rahmat-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di Dataran Hasimah yang indah
ini bagi meraikan Majlis Meniti Memori , Sempena Sambutan Jubli Emas SMK (P)
Raja Zarina.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pihak sekolah amat
berbesar hati kerana dapat menemukan kembali bekas guru dan bekas pelajar
serta masyarakat setempat dalam satu program khas yang julung-julung kalinya
diadakan di SMK(P) Raja Zarina sepanjang 50 tahun penubuhannya. Pastinya hari
ini menjadi kenangan terindah buat semua yang hadir kerana dapat mengimbas
kembali nostalgia dan berkongsi kejayaan masing-masing bersama rakan-rakan
yang telah lama terpisah.
Majlis Meniti Memori pada petang ini juga diadakan
bertujuan untuk meraikan kejayaan SMK (P) Raja Zarina melahirkan ramai modal
insan yang cemerlang disepanjang penubuhannya. Ramai
bekas murid dari sekolah ini telah
berjaya menjawat jawatan professional di sektor awam dan swasta, mahupun berjaya dalam dunia perniagaan.
Besarlah harapan Persatuan Ibu Bapa dan guru serta
warga sekolah agar hubungan yang erat dapat dijalin bersama bekas guru , bekas
pelajar dan masyarakat setempat dalam mewujudkan satu permuafakatan yang jitu
untuk meningkatkan lagi pencapaian sekolah dalam pelbagai aspek.
|
||
Masa
|
CUE
|
ANN 6
|
2.35
ptg
IDHAM
|
Bacaan
doa.
|
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang
yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Masnawi bin Misro.
Dipersilakan.
*** Bacaan doa ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 7
|
2.40
ptg
IDHAM
|
Selepas
bacaan doa.
Ucapan
YDP
|
Terima kasih diucapkan kepada ustaz Masnawi bin
Misro atas bacaan doa itu tadi.
Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang dihormati En. Mokhtar bin Manaf, YDP PIBG
SMK ( P ) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
*** UCAPAN YDP ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 8
|
2.50
ptg
IDHAM
|
Selepas
ucapan YDP
Ucapan
Pengetua
|
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Mokhtar bin Manaf atas ucapan itu
tadi.
Daun
semulur di pekan sari,
Batang
jerami rebah ke bumi ;
Madah
dihulur sembah diberi,
Kata
perangsang hajatnya kami.
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Norliza
bt Mat Radzi, Pengetua SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*** UCAPAN PENGETUA ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 9
|
|||
3.00
ptg
LIN
LIN
|
Selepas
ucapan pengetua
Ucapan
perasmian.
|
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Pn. Norliza bt Mat Radzi atas ucapan sebentar tadi.
Yang
Mulia Tengku dan hadirin yang dihormati.
Tak
meriah majlis jika tiada paluan kompang,
Tak
berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,
Tak
lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara.
Untuk pengetahuan semua hadirin, perasmi Majlis
Meniti Memori kita pada petang ini merupakan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah
kepada beberapa buah syarikat. Merupakan seorang ahli perniagaan yang
terkemuka di dalam dan luar negara.
Yang Mulia Tengku juga merupakan bekas pelajar SMK
(P) Raja Zarina yang sangat pemurah dan prihatin terhadap sekolah. Tanpa
digamit, Yang Mulia Tengku sering terpanggil untuk memberi bakti sumbangan sama
ada dalam bentuk material mahupun sokongan moral.
Kalau
tuan pikat kenari,
Jangan
patahkan batang jerami;
Kepada
Yang Mulia sembah diberi,
Mohon
rasmikan Majlis Meniti Memori.
Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Mulia
Tengku Dato’ Naizatul Shima Bt Tengku Abdul Murad Shah, Penaung dan Perasmi
Majlis Meniti Memori untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Meniti Memori Sempena Sambutan
Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*** UCAPAN PERASMIAN ***
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Mulia Tengku
Dato’ Naizatul Shima atas ucapan perasmian sebentar tadi.
|
|||
Masa
|
CUE
|
ANN 10
|
|||
3.15
IDHAM
|
Tayangan
Multimedia Yang Mulia
|
Bersarang
merbah di pohon nangka,
Manis
madunya pabila dimakan ;
Majlis
kini bersantai seketika,
Multimedia
Yang Mulia kami sembahkan.
Seterusnya, untuk berkongsi rasa dan cerita, marilah
kita saksikan tayangan Multimedia khas istimewa buat Yang Mulia Tengku.
*** Persembahan multimedia Yang Mulia ***
Begitulah tadi persembahan Multimedia hasil sentuhan
Cik Ting Mee Yee, Cik Hartini, Cik Zahiah dan Cik Farah Pakaruddin.
|
|||
Masa
|
CUE
|
ANN 11
|
3.20 ptg
LIN
|
Gimik
Perasmian
Rz
50 Tahun
|
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima, para tetamu kehormat, AJK PIBG dan para
pentadbir naik ke pentas bagi upacara gimik perasmian Majlis Meniti Memori Sempena
Sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina. Dipersilakan.
*** GIMIK PERASMIAN ***
·
Asap
( Pintu belakang bilik guru )
·
Bunyi
kapal terbang mendarat disertai arahan pendaratan oleh pilot.
·
Beberapa
orang pramugari keluar sambil membawa 2 bagasi berjalan menuju ke pentas
sambil melambai-lambai diikuti seorang pilot membawa kotak berisi kunci - -
diiringi lagu.
·
Di
atas pentas, kedua-dua beg diletakkan di atas meja. Pilot menyerahkan kunci
kepada perasmi. Perasmi akan cuba membuka beg yang di dalamnya mengandungi
Plak Perasmian.
·
Countdown
dan perasmi membawa plak perasmian yang berjaya dikeluarkan untuk diletakkan
di atas stand khas yang dibina. Sebaik sahaja plak perasmian diletakkan,
lampu akan menyala serentak dengan pop-up.
·
Diakhir countdown tertera logo 50 Tahun
Jubli Emas SMKPRZ. Dengan itu rasmilah Majlis Meniti Memori.
·
Menandatangani
plak
|
Masa
|
CUE
|
ANN 12
|
3.35 ptg
LIN
|
Upacara
potong kek dan nyanyian lagu happy birthday
|
Majlis kini diteruskan lagi dengan mempersilakan
Alumni SMK (P) Raja Zarina yang menyambut hari lahir ke 50 tahun pada tahun
ini untuk naik ke pentas bersama-sama Yang Mulia Tengku bagi upacara memotong
kek sempena sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina. Dipersilakan.
Marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Happy
birthday.
*** Potong kek dan nyanyi lagu ***
“ Happy birthday to you, Happy birthday to you
Happy
birthday to RZ, Happy birthday to you”
Makan
umbut bersama keladi,
Dimasak
mari oleh Pak Tua ;
Selamat
menyambut Hari Jadi,
Ikhlas
daripada kami semua.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia Tengku dan semua yang sudi menyempurnakan upacara
gimik perasmian Majlis Meniti Memori sebentar tadi.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 13
|
LIN
|
Ulasan
GIMIK
|
Yang Mulia Tengku dan hadirin yang dihormati,
Gimik perasmian sebentar tadi mengisahkan tentang sejarah
sekolah ini pada suatu ketika dahulu.
·
Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan ( Inggeris ) Jalan Lapangan
Terbang Lama, Port Swettenham, Selangor merupakan nama asal bagi SMK (P) Raja
Zarina.
·
Tapak sekolah ini
merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
·
SMK (P) Raja Zarina telah
ditubuhkan pada 10 Januari 1966 dengan keluasan 9 ekar dan 3 blok bangunan
sahaja.
·
Dibuka dengan rasminya
oleh Raja Puan Muda Duli Yang Teramat Mulia Raja Zarina Binti Tan Sri Raja
Zainal pada 14 Mac 1974.
·
Pada awal penubuhannya,
SMK (P) Raja Zarina telah diketuai oleh mendiang Cik Maheswary a/p
Cumarasawamy sebagai pengetua dengan kekuatan 10 orang guru, 5 orang
kakitangan dan 231 orang pelajar telah memulakan sesi persekolahan pertamanya
bersama-sama.
·
Sepanjang 50 tahun
penubuhannya, SMK (P) Raja Zarina telah melahirkan ramai insan yang berjaya
dalam bidang masing-masing dan berada bersama-sama kita dalam majlis
petang ini. Berikan tepukan gemuruh kepada semua yang hadir pada petang ini.
Diharapkan
majlis pada petang ini menjadi perintis kepada Alumni SMK (P) Raja Zarina
untuk kembali aktif dan bersama-sama membantu pihak sekolah dari segi
kewangan mahupun tenaga bagi memacu kecemerlangan sekolah serta dapat
melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 14
|
3.40 ptg
IDHAM
|
Tayangan
Multimedia RZ 50 Tahun Melakar Kecemerlangan
|
Seterusnya, sebagai halwa mata dan telinga, kita serikan
majlis pada petang ini dengan tayangan Multimedia RZ 50 Tahun Melakar
Kecemerlangan .
*** Tayangan
multimedia RZ 50 Tahun ***
Demikianlah tadi tayangan Multimedia RZ 50 Tahun
Melakar Kecemerlangan.
Untuk pengetahuan semua,
Sepanjang 50 tahun penubuhan SMK (P) Raja Zarina di
bawah pimpinan
12 orang pengetua yang dedikasi dan cemerlang,
pelbagai kejayaan dan Anugerah telah diraih. Antaranya ialah :
i.
Tempat ketiga
Pertandingan Menghias bangunan sempena Persidangan Majlis Raja-raja 1982
ii.
Johan Kempen Kebersihan
Kantin anjuran Majlis Perbandaran Klang 1983 dan 1988
iii.
Mewakili Malaysia dalam
Sukan Tae-Kwon-do peringkat ASEAN 1984 dan SUKAN SEA 1987
iv.
Pelajar Mewakili
Malaysia dalam sukan Asia di Nepal dan sukan Olimpik di Korea Selatan 1988
v.
Pasukan Pancaragam
mendapat pingat Perak peringkat Negeri Selangor 1989
vi.
Anugerah Sekolah
Harapan negara Peringkat Negeri Selangor 1988, 1992 dan 1999
vii.
Naib Johan Pusat Sumber
Sekolah Peringkat Negeri Selangor 1992 dan 1998
viii.
Johan Sekolah Dalam
Taman Peringkat Negeri Selangor 1997
ix.
Tempat ketiga
Perbarisan Kemerdekaan 2014 , Dan yang terkini,
x.
Tempat ketiga
pertandingan memasak peringkat Negeri Selangor 2016
xi.
Tempat ketiga Choral
Speaking peringkat Negeri Selangor 2016
xii.
Tempat ketiga
pertandingan kibar jalur gemilang peringkat Negeri Selangor2016
xiii.
Pingat Gangsa bagi acara Sparring Taekwondo dalam SUKMA ,
dan
xiv.
Pasukan SMK (P) Raja
Zarina sentiasa mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum khasnya
pasukan pancaragam, hoki dan bola jaring. In Shaa Allah, aka nada lebih
banyak lagi kejayaan bakal diraih oleh pelajar-pelajar SMK (P) Raja Zarina.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 15
|
3.50
ptg
LIN
|
Jamuan
minum petang
Lagu-lagu
Pn.Syarikin
|
Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Juadah istimewa terhidang sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
Dengan itu dipersilakan sekali lagi Al-Fadhil Ustaz
Masnawi Bin Misro untuk membacakan doa makan. Dipersilakan.
*** Doa makan ***
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil ustaz
Masnawi atas bacaan doa itu tadi.
Dijemput para tetamu kehormat dan semua jemputan
untuk menikmati hidangan yang disediakan.
*** Jamuan minum petang ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 16
|
3.50 ptg
LIN
|
Sambil
mengambil dan menikmati hidangan
Persembahan
3
buah lagu
Pn.
Syarikin
|
Sambil mengambil dan menikmati juadah yang telah
disediakan, tetamu-tetamu jemputan akan dihiburkan oleh bekas pelajar SMK (P)
Raja Zarina tahun 1980.
Untuk pengetahuan semua, Pn. Syarikin bt Ab Rahman
pernah menghasilkan 3 rakaman album bersama kumpulan “ The Klangs ” semasa di
tingkatan 3 dan 4 serta telah menghasilkan 3 album.
Tanpa melengahkan masa ….Dipersilakan.. Pn. Syarikin
Ab Rahman .
|
Masa
|
CUE
|
ANN 17
|
4.05 ptg
|
Persembahan
(
Muzikal Meniti Memori )
|
Sambil
menikmati hidangan, majlis dihangatkan lagi dengan persembahan Muzikal Meniti
Memori oleh Puteri-puteri Raja Zarina.
Dipersilakan.
***
Persembahan Muzikal Meniti Memori ***
Terima
kasih diucapkan kepada puteri-puteri Raja Zarina atas persembahan yang begitu menarik.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 18
|
4.15 ptg
|
Tayangan
Multimedia alumni
|
Seterusnya,
kita saksikan pula Tayangan Multimedia Alumni.
***
Tayangan Multimedia Alumni***
Demikianlah
tadi persembahan multimedia Alumni yang begitu menarik
|
Masa
|
CUE
|
ANN 19
|
4.25 ptg
|
Meniti
Memori
(
Ucapan wakil Alumni )
“
RZ Pada Saya / RZ To Me “
Tambahan
:
Pn.
Ngiam Lian Yong
Batch
1979-1983
|
Tepak Sirih warisan lama,
Dibawa gadis ke Tanjung Jati;
Keranamu RZ kami bersama,
Seia sekata berkongsi memori.
Untuk menggamit kembali memori zaman persekolahan
tetamu-tetamu sekalian di SMK (P) Raja Zarina, kami telah datangkan beberapa
orang bekas pelajar iaitu Pn. Margaswathy a/p Thevarapillai, Pn. Mahijah Abd
Rahman, Pn. Zaiton bt Othman, Pn. Ngai Siew Lai, Pn. Ravinder Kaur dan Datin
Puspamala a/p Somoo untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam slot Meniti Memori.
Dipersilakan.
*** Slot Meniti Memori ***
Terima kasih kepada Pn. Margaswathy, Pn. Mahijah, Pn. Zaiton,
Pn. Ngai Siew Lai, Pn. Ravinder Kaur dan
Datin Puspamala kerana sudi berkongsi pengalaman bersama kita pada
petang ini.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 20
|
4.35 ptg
|
Persembahan
2
Nyanyian
bekas pelajar
Pn.
Syarikin – 2 buah lagu
|
Seterusnya,
kita hiburkan lagi hati pada petang ini dengan menjemput sekali lagi Pn. Syarikin bt Abd Rahman, bekas pelajar
SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan 2 buah lagu.
***
Nyanyian bekas pelajar***
Demikianlah
tadi persembahan nyanyian yang begitu menghiburkan.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 21
|
4.40 ptg
|
Cabutan
Nombor Bertuah 2
15
cabutan
|
Baiklah,
majlis berehat seketika untuk sesi cabutan Nombor Bertuah.
Dipersilakan
………………………………………………………………………………. Untuk mencabut 15 nombor bertuah dan seterusnya
menyampaikan hadiah.
*** Cabutan
Nombor bertuah***
Terima
kasih diucapkan kepada …………………………………………………………
…………………………………kerana
sudi menyempurnakan cabutan bertuah.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 22
|
4.50 ptg
|
Persembahan
3
Nyanyian
bekas Pelajar ( kumpulan )
Batch
1985
Datin
Dr. Azizah & The Gang
|
Majlis
diteruskan lagi dengan nyanyian berkumpulan bekas pelajar SMKPRZ.
*** Nyanyian
bekas pelajar***
Demikianlah
tadi persembahan nyanyian yang begitu menghiburkan.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 23
|
4.55 ptg
|
Cabutan
Nombor Bertuah 3
15
cabutan
|
Kita
teruskan lagi majlis untuk sesi cabutan Nombor Bertuah pusingan terakhir.
Dipersilakan
………………………………………………………………………………. Untuk mencabut 15 nombor bertuah dan
seterusnya menyampaikan hadiah.
***
Cabutan Nombor bertuah***
Terima
kasih diucapkan kepada …………………………………………………………
…………………………………kerana
sudi menyempurnakan cabutan bertuah.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 24
|
5.05 ptg
|
Persembahan
4
Nyanyian
bekas Pelajar ( kumpulan )
Pn.
Syarikin & The Gang
|
Majlis
diteruskan lagi dengan nyanyian berkumpulan bekas pelajar SMKPRZ.
***
Nyanyian bekas pelajar***
Demikianlah
tadi persembahan nyanyian yang begitu
menghiburkan.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 25
|
5.15 ptg
|
Penyampaian
cenderamata
|
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
cenderamata. Sebagai tanda penghargaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru
serta pihak sekolah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Norliza
bt Mat Radzi, pengetua SMK (P) Raja Zarina dengan diiringi oleh Pn. Rahimah
bt Hj Jalil untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.
Dipersilakan Yang
Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima Bt Tengku Abdul Murad Shah, Penaung dan
Perasmi Majlis Meniti Memori untuk menerima cenderamata. Dipersilakan.
*** Penyampaian cenderamata Perasmi ***
Seterusnya, dipersilakan juga En. Badrul Hisham bin
Mokhtar, Penolong PPD, Unit Pengurusan Sekolah Menengah naik ke pentas untuk
menerima cenderamata.
*** Penyampaian cenderamata PPD ***
Dipersilakan juga , ……………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
Wakil dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor untuk menerima
cenderamata.
*** Penyampaian cenderamata BTPN ***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn.
Norliza bt Mat Radzi atas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 26
|
5.25 ptg
|
Pemilihan
jawatankuasa Alumni RZ 2016
|
Kain tenun dibawa ke Pasai,
Menjadi rebutan di tengah pekan.
Persembahan menarik telah selesai,
Pemilihan jawatankuasa kita laksanakan.
Dengan
ini, majlis mempersilakan Pn. Hafizah bt Mohamed sebagai Pengerusi Sementara.
*** Pemilihan
Jawatankuasa Alumni RZ 2016***
Tahniah
diucapkan kepada Jawatankuasa yang telah dilantik. Seterusnya dipersilakan
Pengerusi Alumni yang baru dilantik iaitu
……………………………………………………………………………………………………… untuk menyampaikan sepatah dua kata.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 27
|
5.45 ptg
|
Penutup
dan bersurai
|
Yang Mulia Tengku dan hadirin sekalian,
Majlis kita telahpun sampai ke penghujungnya. Majlis
merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Mulia Tengku serta semua tetamu jemputan atas kesudian memeriahkan Majlis Meniti
Memori Sempena Sambutan Jubli Emas SMKP Raja Zarina pada petang ini.
Kepada bekas Guru dan bekas Pelajar SMK(P) Raja
Zarina yang diraikan diharapkan majlis gilang-gemilang pada petang ini dapat membakar
semangat dan membuka ruang untuk terus menabur bakti dan memberi sokongan
padu demi kejayaan SMK (P) Raja Zarina di masa akan datang.
.
Akhir kata,
Bunga
dedap di atas para,
Anak
dusun pasang pelita ;
Kalau
tersilap tutur bicara,
Jemari
disusun maaf dipinta.
Hinggap
cemara di pagar besi,
Mencari
makan di awal pagi ;
Selesai
sudah majlis meniti memori,
Dilain
masa bersua lagi.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
*** Sesi fotografi ****
Diminta semua tetamu kehormat, Barisan pentadbir,
AJK PIBG tunggu sebentar untuk sesi fotografi.
|
Masa
|
CUE
|
Reserve :
|
|
Sekiranya
VVIP hendak balik awal
|
Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih
kepada kepada yang ……………………………………………………………..
serta para tetamu jemputan atas kesudian memeriahkan Majlis Meniti Memori
pada petang ini.
Cari ikan tepian selasih,
Anak keli main di jeti;
Kami ucapkan terima kasih,
Budi dan bakti tetap di hati.
Terima kasih sekali lagi.
|
@lynjyctrz